FaceApps boleh simpan & guna gambar anda sesuka hati tanpa royalti' - Forbes

Posted on Thursday, July 18, 2019 | 7/18/2019



Apabila membuka sahaja laman sosial, sudah pastinya kita sedikit terkejut dengan gambar wajah rakan-rakan kita di masa tua. Aplikasi Viral FaceApp sudah menjadi trending terkini bukan sahaja netizen, malah artis-artis turut tidak melepaskan peluang berkongsikan wajah mereka tatkala di usia emas. Aplikasi ini sudah dimuat turun lebih daripada 100,000 pengguna.

Di dalam keseronokan kita berkongsi aplikasi tersebut di media sosial, pendedahan dari Forbes ini pasti membuatkan kita terkejut. 

Menurut Forbes, gambar dan nama yang diberikan kepada aplikasi tersebut membolehkan mereka menggunakannya untuk apa-apa sahaja tujuan  selama mana yang mereka inginkan.

Berpandukan terma dan syarat aplikasi FaceApp ini, pengguna tidak akan menerima sebarang royalti pada gambar yang diberikan jika ianya digunakan untuk tujuan promosi mereka.

“You grant FaceApp a perpetual, irrevocable, nonexclusive, royalty-free, worldwide, fully-paid, transferable sub-licensable license to use, reproduce, modify, adapt, publish, translate, create derivative works from, distribute, publicly perform and display your User Content and any name, username or likeness provided in connection with your User Content in all media formats and channels now known or later developed, without compensation to you. 

“When you post or otherwise share User Content on or through our Services, you understand that your User Content and any associated information (such as your [username], location or profile photo) will be visible to the public.”


(Anda memberikan FaceApp sebagai lesen sub-lisensi yang tidak boleh dibatalkan, tidak eksklusif, bebas, dibayar, dipindah milik, diselaraskan, diterbitkan, diterjemahkan, dihasilkan karya terbitan dari, menyebarkan, melaksanakan secara terbuka dan memaparkan Kandungan Pengguna dan apa-apa nama, nama pengguna atau kesamaan yang disediakan berkaitan dengan Kandungan Pengguna anda dalam semua format dan saluran media yang kini diketahui atau dikembangkan, tanpa ganti rugi kepada anda.)

(Apabila anda menyiarkan atau berkongsi Kandungan Pengguna pada atau melalui Perkhidmatan kami, anda memahami bahawa Kandungan Pengguna anda dan sebarang maklumat yang berkaitan (seperti foto [nama pengguna] anda, lokasi atau foto profil) akan dapat dilihat oleh orang awam.)

Sumber: Forbes


Sumber : thereporter.my
Blog, Updated at: 7/18/2019

0 comments:

Loading...