Neelofa Tarik Diri Daripada ABPBH? Seriously!?

Posted on Thursday, July 18, 2019 | 7/18/2019



Pengacara dan juga pelakon, Neelofa mengumumkan beliau tarik diri daripada menyertai Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) untuk edisi tahun ini dan edisi yang akan datang. Pengumuman itu dibuat melalui satu kenyataan yang di upload di Twitternya, @Neelofa pada hari ini.

Menurut pengacara Meletop itu, keputusan itu dibuat berikutan jadualnya yang sangat padat dengan perniagaannya, Naelofar Hijab serta urusan perniagaan yang lain. Kesibukan itu menyukarkannya memberi tumpuan yang seimbang antara karier seni dan bisnes. Tambah Neelofa, walaupun tidak bertanding dalam ABPBH tahun ini, beliau tetap memberikan sokongannya.



"Lofa bukan menarik diri sepenuhnya, tetapi mungkin berehat untuk tahun ini dan tahun depan. Insya-Allah, jika Lofa sudah tidak lagi sibuk dengan bisnes, Lofa akan kembali aktif dalam seni. Jika Lofa sudah kembali aktif, baru rasa berbaloi untuk terlibat dalam majlis anugerah.

"Lofa ingin ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada akhbar Berita Harian dengan pengumuman penganjuran ABPBH32. Lofa pasti, acara berprestij tersebut akan disambut dengan penuh gemilang dan warna-warni.

"Mana mungkin melupakan kenangan-kenangan indah yang tercipta sepanjang bersama kalian? Lofa doakan agar ABPBH terus maju dan terus megah berdiri dalam penganjuran edisi-edisi seterusnya," katanya.

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.



Oh! Makan


Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 7/18/2019

0 comments:

Loading...