"Peralihan Kuasa, Berlaku Dalam Tempoh Dua Tahun" - Kadir Jasin

Posted on Thursday, July 18, 2019 | 7/18/2019



Penasihat Media dan Komunikasi Perdana Menteri, Datuk A Kadir Jasin percaya peralihan kuasa jawatan Perdana Menteri, Tun Mahathir kepada presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berlaku dalam tempoh dua tahun. Peralihan kuasa berkenaan akan menyaksikan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-8.

Ini kerana Tun Mahathir telah membangkit perkara ini dalam mesyuarat Parti Bersatu baru-baru ini dan beliau sekali lagi menegaskan akan menepati janji berhubung isu peralihan kuasa itu.

"Mungkin ketika ini yang diperbahaskan sehingga menimbulkan kerisauan dari semasa ke semasa ialah bila tarikh peralihan akan berlaku, ikut kefahaman saya, ia mungkin berlaku dalam dua tahun atau dua tahun lebih. Sebagai orang yang sudah melihat perkembangan Dr Mahathir dan Anwar saya percaya peralihan ini akan berjalan seperti dijanjikan dan yakin Anwar akan menjadi perdana menteri kelapan," katanya.

Sumber: Awani

Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 7/18/2019

0 comments:

Loading...