Perlu Lebih Berhati-hati - Peniaga Kantoi Jual Sate Ayam Guna Daging Anjing

Posted on Tuesday, July 16, 2019 | 7/16/2019



Kita sememangnya perlu lebih berhati-hati dalam memilih dan membeli makanan, terutama apabila berada di tempat asing. Ini berikutan terbongkarnya penggunaan daging anjing sebagai bahan asas penyediaan sate ayam dan ini berlaku di Bali, Indonesia.

Perkara ini didedahkan dalam satu laporan oleh badan bebas, Animals Australia yang mendapati berlaku penjualan daging anjing secara haram di kawasan tersebut.

Anjing-anjing tersebut dikatakan dilayan teruk bila mana diracun, dicekik sehingga mati sebelum daging mereka dilapah untuk dijadikan sate.


Makan daging anjing adalah sah di Indonesia tetapi membunuh binatang dengan cara kejam diletakkan racun adalah salah di sisi undang-undang.

Pengarah kempen Animals Australia, Lyn White memberitahu ABC, “Penjualan daging anjing melanggar akta penderaan binatang serta akta keselamatan makanan.”

Ini dapat disahkan lagi apabila wartawan terbabit menyamar sebagai seorang peniaga sate di sebuah kawasan tumpuan pelancong dan peniaga terbabit mengakui bahawa dia menggunakan daging anjing.

Tapi, jawapan itu terus berubah apabila dihampiri sekumpulan pelancong dari Australia, dan menipu dengan mengatakan sate yang dijualnya adalah sate ayam.


+ Baca respon pembaca di Oh! Media.



Oh! Makan


Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 7/16/2019

0 comments:

Loading...