Aishah Azman Abaikan Komen Pihak Luar, Afiq Pula Bagi Amaran!

Posted on Friday, August 23, 2019 | 8/23/2019



Fuhh! Panas-panas, tak habis lagi nampaknya isu berkenaan putusnya pertunangan di antara pelakon Syafie Naswip dan Aishah Azman. Namun, Aishah kini hanya berkata yang dia lebih mengetahui apa yang berlaku dan meminta agar netizen tidak membuat spekulasi dan menjatuhkan hukum terhadap dirinya dengan mendengar cerita dari pihak lain.

Aishah turut menjelaskan yang dia tidak boleh memberikan komen terhadap isu ini lagi kerana ia masih dalam siasatan pihak polis dan keluarganya turut menasihatkan agar tidak membuka laman sosial dan baca komen netizen.

Saya tak salahkan mana-mana pihak jika ada yang kurang bersetuju dengan saya sebabnya mereka tak tahu perkara sebenar dan apa yang terjadi pada saya. Kalau ada yang menghentam saya kerana membaca laporan itu, tak apa saya tak salahkan mereka sebab mereka hanya berkawan dan tak kenal lebih dalam, katanya kepada pemberita mStar

Dalam perkembangan lain, Aishah mengatakan yang dia kini tidak memikirkan untuk menjalinkan hubungan baru dengan siapa-siapa dan hanya fokus pada dunia hiburan.

Kalau korang ikuti perkembangan cerita mereka, abang kepada Aishah, Afiq Muiz sebelum ini turut telah memberikan amaran kepada mana-mana individu yang ingin menjadi adik iparnya untuk lebih gentle dan beragama Islam sahaja.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Makan


Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 8/23/2019

0 comments:

Loading...