Berkenaan Isu Jerebu, Jokowi Malu Dengan Malaysia dan Singapura

Posted on Wednesday, August 07, 2019 | 8/07/2019



Seperti mana yang kita tahu, isu jerebu bukanlah isu asing dinegara kita bahkan hampir tiap-tiap tahun ia berlaku bila kes kebakaran hutan berlaku di negara jiran, Indonesia.

Oleh yang demikian, Presiden Indonesia, Joko Widodo, atau dikenali sebagai Jokowi, telah mengerahkan anggota tentera dan polis menangani kes kebakaran hutan yang berlaku di pulau Sumatera.

Jokowi menyatakan bahawa dia berasa malu dengan Malaysia dan Singapura kerana masalah jerebu yang melanda adalah berpunca dari Indonesia setelah mendapat ia menjadi tajuk berita utama di Malaysia khususnya dan lebih-lebih lagi beliau dalam rangka lawatan ke Malaysia dan Singapura.

Dalam nada tegas, beliau memberi amaran untuk tidak teragak-agak mengambil tindakan jika kes jerebu ini tidak dikendalikan dengan sempurna oleh pihak yang bertanggungjawab.

Sumber : Sinar Harian

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Travel


Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 8/07/2019

0 comments:

Loading...