Cristiano Ronaldo Sudah Mula Bayangkan Hari Pesaraan?

Posted on Wednesday, August 21, 2019 | 8/21/2019



Cristiano Ronaldo, dengar sahaja nama CR sekarang, pasti semua sudah terbayang seorang bintang bola sepak yang mempunyai tubuh yang sado dan tinggi yang kini menjadi penyerang sensasi pasukan Juventus dan Portugal.

Namanya mula naik semasa bersama pasukan Manchester United di waktu mudanya dan kini Ronaldo yang berumur 34 tahun sudah mula memberi bayangan hari persaraannya.

Walaupun Ronaldo tidak memberikan tarikh persaraan yang tepat, namun dia berkata mungkin akan bersara seawal tahun hadapan (2020) dan mungkin juga dia boleh bertahan dan terus beraksi sehingga umur 40-an.

Saya tidak memikirkan hal itu. Mungkin saya boleh menamatkan karier saya tahun depan, tapi saya juga boleh bermain hingga usia 40 atau 41. Saya tidak tahu. Apa yang saya selalu katakan ialah saya gembira beraksi ketika ini. Ia suatu anugerah besar dan saya perlu nikmatinya.

Kalau korang nak tahu, setakat ini sahaja, Ronaldo telah menyumbat 28 gol dalam 43 perlawanan dan sekaligus telah membantu kelab gergasi Itali untuk mendapat gelaran Serie A musim 2018-19.







Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 8/21/2019

0 comments:

Loading...