Dipatuk Ular Tedung Selar, Raja Ular Perlis Koma

Posted on Sunday, August 04, 2019 | 8/04/2019



Fuhh! Bila dengar nama haiwan reptilia ular, apa yang terlintas dalam fikiran korang? Bukan semua orang mampu memegang haiwan ini walaupun ia dikatakan jinak sekalipun. Naik bulu roma Ohmedia bila terbayangkan ular.

Ohmedia bincangkan isu ini adalah kerana apabila seorang kakitangan Taman Ular dan Reptilia Batu Pahat atau digelar sebagai 'Raja Ular Perlis' dilaporkan telah cedera selepas dipatuk ular tedung selar semasa memberi makan di tempat kerjanya petang semalam.

Muhammad Hafiz Alias dipatuk reptilia itu semasa masuk ke dalam sarangnya dan terkena pada bahagian atas lutut kiri dan sekarang dilaporkan sedang mendapatkan rawatan di Unit ICU, Hospital Tuanku Fauziah.


Dari apa yang dikatakan oleh pemangku Pengurus Taman Ular terbabit, Ariffin Baharom menyatakan beliau menerima laporan mengenai kemalangan terbabit sekitar jam 3.30 petang.

Sejurus dipatuk, dia memaklumkan kepada rakan sekerjanya sebelum dihantar ke HTF petang semalam dengan menaiki kenderaan syarikat. Sejurus sampai di unit kecemasan, dia pengsan dan tidak sedarkan diri sehingga dimasukkan ke dalam wad, katanya ketika dihubungi pemberita.


Untuk perkembangan mangsa sekarang, Ariffin berkata Hafiz telahpun menunjukkan perkembangan baik apabila ada menunjukkan sedikit pergerakan berbanding semalam.

Jadi, Ohmedia nasihatkan, bagi mereka yang berhajat dan berminat untuk bermain dengan reptilia ini, pastikan korang mempunyai asas dan pengetahuan yang cukup atau senang cerita, tak payah lah buat kerja bahaya ok,huhu.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Makan


Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 8/04/2019

0 comments:

Loading...