Dr Zakir mohon maaf jika ada pihak yang terguris dengan salah faham yang timbul

Posted on Tuesday, August 20, 2019 | 8/20/2019



Pendakwah Dr Zakir Naik memohon maaf susulan ucapannya di satu ceramah baru-baru ini yang didakwa mengguris hati masyarakat bukan Islam di negara ini. 

Beliau menjelaskan bahawa beliau bukan rasis dan kenyataannya sebelum ini digunakan dengan rekaan yang ditambah padanya. 

"Saya selalu mendukung keamanan kerana itulah pendirian Quran. Misi saya menyebarkan keamanan ke pelosok dunia, malangnya saya turut berdepan dengan pengkritik yang cuba menghalang daripada misi saya," katanya. 

Semalam, Zakir disoal siasat lebih 10 jam di Bukit Aman ekoran kenyataannya dalam satu majlis ceramah di Kelantan baru-baru ini. 

"Rasisme adalah kejahatan yang saya tolak dengan keras kerana dalam Quran ia bertentangan dengan semua pendirian sebagai pendakwah Islam.

"Saya rasa saya perlu mohon maaf kepada semua pihak yang terguris kerana salah faham ini," katanya yang turut menegaskan bahawa dia tiada niat berbuat demikian. 

Beliau merayu agar masyarakat terutamanya bukan Islam mendengar ucapan penuhnya di YouTube, Peace TV. 

Sumber: MalaysiaKini


Sumber : thereporter.my
Blog, Updated at: 8/20/2019

0 comments:

Loading...