Ini Jawapan Pantas Dr Mujahid Mengenai Larangan Tulisan Jawi Pada Produk Bukan Islam


Rasanya belum sempat untuk kita bincangkan cadangan yang diberikan PPIM mengenai isu tulisan Jawi dengan lebih panjang, kini Menteri di Jabatan Perdana Menteri Agama, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, telah memberikan maklum balas dengan begitu pantas.

Antara respon yang diberikan adalah dengan berkata tiada keperluan untuk pihak kerajaan menggubal akta baharu bagi melarang tulisan jawi pada produk bukan Islam yang dilihat boleh mengelirukan pengguna beragama Islam.

Namun yang saya faham daripada apa dimaksudkan pertubuhan itu adalah tulisan jawi lebih merujuk logo halal dikeluarkan Jakim (Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia) dengan bertujuan bagi mengelakkan pengguna beragama Islam tertipu dengan status halal sesuatu produk. Sebenarnya tindakan mana-mana syarikat menyalahgunakan atau menipu label halal dikeluarkan Jakim adalah salah di bawah bidang kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melalui Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan 'Halal') 1975. Saya berpendapat tiada keperluan satu akta baharu digubal kerajaan kerana undang-undang sedia ada sudah mencukupi bagi menangani sebarang penyalahgunaan logo halal Jakim pada masa hadapan," katanya kepada media.

Mujahid juga meminta agar pengguna beragama Islam tidak risau dengan status halal yang dikeluarka Jakim kepada syarikat bukan Islam kerana kini satu aplikasi telah dikeluarkan Jakim bagi memeriksa status halal sesuatu produk. Lagipun, pihak Jakim akan membuat pemeriksaan terperinci sebelum mereka diberikan logo halal.

Untuk korang yang baru sahaja mengikuti isu ini, sebentar tadi Ohmedia ada menaikkan satu artikel mengenai cadangan pihak PPIM untuk menharamkan logo halal bertulisan Jawi kepada produk syarikat bukan Islam dan semalam pihak MCED juga telah menggesa kerajaan untuk membawa akta khas ke Parlimen bagi melarang penggunaan tulisan Jawi ini.


+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Makan


Sumber: Oh! Media