Nak Jadi Isteri Tengku Hassanal? Ini syaratnya!

Posted on Monday, August 05, 2019 | 8/05/2019



Agak-agak korang ada tak ciri-ciri bakal isteri yang Tengku Hassanal nak tu? Hmm. Baru-baru ini, ibunya Tunku Azizah menjadi perhatian netizen apabila dia memakai busana daripada pereka fesyen terkenal iaitu Rizalman.

Cantik betul baginda ya! Semasa Rizalman tengah buat live di Instagramnya, nampaknya baginda tengah makan durian bersama Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah yang turut memberi salam dan melambaikan tangan. Hehehe comel lah ibu dan anak ni.

Sis suka betul tengok diaorang tau! Namun, apa yang menjadi perhatian netizen ialah Rizalman dan baginda cuba mengusik Tengku Hassanal sama ada dia single ke tak. Amboi! Netizen pun apa kurangnya, ramai yang puji Tengku Hassanal tau semasa di hari pertabalan hari tu.

Handsome kan Hassanal, ada orang tanya Tengku Hassanal ni ada pilihan hati ke tak? Ada tak? Suruh dia jawab sendiri, saya tak nak jawab.

Nak tahu tak dia jawab apa? Hehehe sebenarnya Tengku Hassanal masih belum ada lagi pilihan hati gais! Dia masih single. Haa apa lagi, korang masuklah line. Manalah tahu kot-kot dia jodoh korang ke.

Tunku Azizah ada bagitahu syarat kalau korang nak pikat anak dia. Syaratnya ialah korang kena pandai makan durian, makan tempoyak, menjaga penampilan dan memahami minat anakandanya. Haa simple je kan syarat dia?

Siapa nak jadi isteri dia kena pandai makan durian, makan gulai tempoyak kena siap baju dari kepala sampai ke kaki. Kena siap semua sekali pasal dia sama macam ayah dia. Tengku Hassanal macam tu lah.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Makan



Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 8/05/2019

0 comments:

Loading...