Pengawal Keselamatan Masjid Al-Aqsa Dibelasah Polis Israel

Posted on Thursday, August 08, 2019 | 8/08/2019



Tidak jadi satu kejutan lagi apabila kita membaca, melihat atau mendengar berita yang mengaitkan dengan kekejaman Israel.

Ohmedia hari ini ingin berkongsi lagi kepada pembaca semua apabila dilaporkan seorang pengawal keselamatan Masjid Al-Aqsa telah diserang dan dicederakan oleh Polis Israel.

Memetik kepada laporan agensi berita Roya, Muhannad Idris dipukul sebelum ditahan berhampiran Bab al-Rahmah dan dibawa ke satu lokasi untuk disoal siasat.

Sabtu lalu juga dikatakan, sekumpulan pendatang Yahudi telah datang dan menceroboh kompleks Masjid al-Aqsa bagi melakukan aktiviti keagamaan.

Idris cuma meminta mereka membuka kasut semasa memasuki Bab al-Rahma. Tetapi mereka enggan, sebaliknya terus membelasah mangsa, kata saksi.

Sumber: Sinar Harian

Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 8/08/2019

0 comments:

Loading...