Penutupan Siaran Analog TV Dan Pemasangan Siaran Digital Dilakukan Secara Berperingkat

Posted on Tuesday, August 06, 2019 | 8/06/2019



Korang pernah dengar tentang myFreeView? myFreeView adalah siaran TV digital yang diperkenalkan oleh kerajaan bagi menggantikan siaran tv analog. Paling menarik, ia menawarkan beberapa saluran percuma dalam definisi tinggi. Tak faham lagi? Tonton video dibawah ni.



Dah faham? Dipetik dari portal rasmi myFreeview, Projek DTT (Televisyen Terestrial Digital) adalah di bawah naungan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan diselia oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Ia merupakan satu inisiatif Kerajaan untuk menyediakan khidmat penyiaran TV dan radio terbaik untuk rakyat. Pembaharuan ini memberikan semua siaran yang lebih jelas tanpa sebarang bayaran bulanan.

Projek ini dimulakan dengan memilih Pulau Langkawi sebagai kawasan rintis untuk permulaan penutupan siaran tv analog. Ini kerana, pulau berkenaan mempunyai ekosistem televisyen yang terbaik. Seronok orang Langkawi dapat tengok saluran dalam definisi tinggi.  Kemudian penutupannya akan dilakukan secara berperingkat.

Untuk pengetahuan korang semua, Malaysia merupakan negara ketiga yang menukar siaran analog kepada siaran digital selepas Singapura dan Brunei.

Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Makan


Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 8/06/2019

0 comments:

Loading...