Pergh! Ini Rupanya Pendapatan The Rock, Patutlah Dia Lebih Suka Berlakon Dari Bergusti

Posted on Thursday, August 22, 2019 | 8/22/2019


Sumber Gambar: Thelist.com

Hari tu Ohmedia kongsi kisah perkahwinan pelakon aksi Hollywood dan bekas ahli gusti WWE, The Rock iaitu Dwayne Johnson bersama pasangannya Lauren Hashian. Tahniah Ohmedia ucapkan sebab akhirnya kahwin juga kan walaupun dah beranak pinak.

Tapi korang tahu tak apa lagi yang menarik tentang The Rock selain mempunyai tubuh badan yang sado dan berkepala botak? Kalau korang perasan, sekarang Johnson semakin aktif dalam dunia lakonan dan telah membintangi banyak filem seperti Jumanji, Fast and Furious dan banyak lagi dan hasil dari itu, Johnson telah mengungguli senarai pelakon yang menerima bayaran paling lumayan.


Laporan ini telah dikeluarkan majalah Forbes yang mengatakan Johnson telah mendapat pendapatan sebanyak AS$89.4 juta atau RM373.8 juta sejak dari Jun 2018 hinnga Jun tahun ini. Jadi ini baru jumlah pendapatan setahun Johnson, belum termasuk jumlah pendapatan keseluruhannya selama ini.

Jumlah ini juga termasuk pendapatan dan keuntungan daripada beberapa filem iaitu bayaran AS$700,000 (RM2.92 juta) bagi setiap episod siri terbitan HBO, ‘Ballers’ dan bayaran royalti tujuh angka menerusi rangkaian pakaian, kasut dan fon kepala di bawah jenama Under Armour.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Makan


Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 8/22/2019

0 comments:

Loading...