'Peti ais rosak, tilam & kipas lesap, dapur kotor cam gampang' - Anak owner rumah sewa kecewa ibunya dianiaya penyewa


Kos sewa rumah yang mahal menyebabkan ada sebilangan kecil yang berkongsi bayaran sewa rumah lebih-lebih lagi dalam kalangan pelajar. Pelajar universiti antaranya yang terpaksa menyewa bilik atau rumah sewa disebabkan  kuota yang terhad untuk tinggal di kolej kediaman.

Jika sebelum ini viral mengenai penyewa perempuan yang tidak menjaga kebersihan rumah sewa. Situasi yang sama turut diceritakan oleh wanita ini yang mengatakan ibunya terkena tempias yang sama. Sikap prihatin ibunya terhadap penyewa tersebut yang terdiri daripada pelajar-pelajar tidak dibalas dengan baik, sebaliknya rumah ditinggalkan dalam keadaan yang kotor.


TRUE, kami satu family sangat berpegang teguh dengan kata-kata, “Kita sentiasa buat baik kat orang. Mana tau masa kita nanti, orang buat baik pada kita pula.”

Tapi tulah, buat baik dibalas taik babi. Haaaa aku nak marah ni. Okay cerita dia macam ni, mak aku ada satu rumah sewa disewakan kepada budak UI.. haa kau sambung jelah u mana. Nanti kalau aku cakap, kata aku memburukan nama universiti pula. 

“KESALAHAN INDIVIDU JANGAN DIKAITKAN DENGAN UNIVERSITI”

Okay. Itu rumah pertama mak aku beli lepas dia kerja. Please note that mak aku adalah single mother. Besarkan lima anak sendiri and finally dapat beli rumah gais. Punya excited. Tapi malang sekali rumah tu dekat Shah Alam. Masa tu kami duduk Perak.

So mak aku buat keputusan untuk sewakan jelah rumah tu. Masa tu aku Form 2, ikutlah mak aku pergi Shah Alam. Lengkapkan peralatan rumah. Tilam, meja study, kipas stand, rice cooker, peti ais, dapur gas,mesin basuh. Aku ingat juga mak aku jahit sendiri langsir untuk rumah itu.

Pastu ada satu hari mak cam excited gila nak pergi Shah Alam sebab katanya haritu budak U baru daftar and rumah dia dah ada penyewa. So kami pun pergilah ke sana untuk serah kunci. Masa tu pehhhhh datang dengan parents ya semua.

Ada datang dari Sabah siap. So mak aku kan mengamalkan sifat kesian kat anak orang. Nanti orang kesian kat anak dia.

MASUK RUMAH TAKDE DEPOSIT GAISSSSSSSS.

Mak aku kata dia percaya kat parents tu. Plus tak nak susahkan. Sebab jauh-jauh parents ni datang nak register anak. Kerja pun bukan senang. Mesti pakai banyak duit bulan ni. So mak aku bertolak ansur. 

Sewa rumah masa tu RM650. Padahal tempat yang sama, rumah lain sewa 200 per head. Satu rumah sumbat 10 orang itu adalah standard ya kat area tu. Tapi mak aku sewakan untuk lima orang sahaja. Dua kat master bedroom, dua kat medium bedroom dan satu kat bilik last.

Selepas beberapa bulan, ada seorang keluar dari rumah tu. So tinggal empat orang. Gaduh gais. Rebut boyfriend. Kalau nak keluar pergi lantaklah aku kisah apa. Yang aku kisahnya, masa gaduh tu pecah peti ais mak aku.

So mak pun macam kelam-kabutlah kan. Anak orang tak ada peti ais nanti, nak simpan makanan dalam apa? So mak dengan baik hati beli peti ais baru. Aku masa tu dah menggelegak dah. Yelahh mak gaji berapa je tinggal nak belikan kau peti ais pula! 

Aku tengah tunggu turn nak pau mak Nokia Express Music kot! Disebabkan kau, aku dapat Nokia Express Music dua bulan kemudian! Tak gunaaaaaaa.

Okay pastu keluar lagi seorang dari rumah tu. Sebab masa tu dah habis diploma. Sebab tinggal 3 orang, dorang pun call mak dan kata tak mampu nak bayar RM650 tu. Sebab dulu bahagi 5. Sekarang bahagi 3. Hello, kenapa mak aku pula kena fikir untuk kau?

Tapi itulah. Puan Katy tu memang baik orangnya. Dia kata, bayar je mana yang mampu. So budak tu bayar mak RM300 je.  Sementara itu mak kata carilah orang ganti bagi penuh rumah tu. Tapi nehi gais. Nehi. Dorang tak cari orang pun, dorang duduk tiga orang. Seorang satu bilik yaaaaal.

Pastu long story short kali kedua. Aku sambung study kat college. Tempat aku study tu cam gampang harga rumah sewa dari agent ya. Satu bilik kongsi dua orang. Satu kepala RM300.  Bilik sama size bilik air rumah aku je. Kalau kau solat memang kau tanduk pintu.

So mak aku kata “Takpe, Intan carilah rumah lain. Jauh sikit takpe. Kan Intan ada kereta. Boleh drive. Cari rumah yang selesa”. Aku pun dapat greenlight, apa lagi gaissss. Pindah condo, anak tak guna.

Pastu gais. Aku takdelah kejam sangat, kan. Sebab condo aku duduk tu RM500 untuk bilik medium. Aku duduk seorang. Selesa yakkkkmaaaat. Tapi aku duduk kejap je. Dalam setahun jugalah sebab mak duk minta budak rumah sewa dia untuk keluar and cari rumah lain. Tapi duk delay.

Diorang duk kata baru habis degree tak dapat kerja lagi. Minta tolong ihsan makcik. Kami dah dapat duit untuk depo rumah lain, kami keluar. Itu kata dioranglah.

Kau bayang, tujuh tahun diorang duduk situ dari diploma-degree-kerja. So finally hari yang dinantikan, diorang pun keluar dari rumah mak aku tu. Aku and tunang datanglah rumah tu nak cuci sebab kitorang plan nak duduk situ bila kahwin, lagi dua bulan. Guess what?

Peti ais rosak, tilam dan kipas semua lesap tak dapat dikesan radar. Dapur kotor macam gampang and paling dasyat ya gais,

LANGSIR YANG AKU GANTUNG DARI 7 TAHUN LEPAS MASIH TERLEKAT KAT SITU YA. BERMINYAK LANGSIR TU. DARI WARNA BEIGE TUKAR KELABU.

Aku masuk rumah tu mula keluar semua caci maki yang aku pelajari sepanjang 19 tahun aku hidup. Aku dengan tunang aku masa tu jenuh cuci satu rumah. Last-last kitorang upah orang je cuci. Bazir RM300 aku. Makcik cleaner servis tu pun terkejut dengan keadaan rumah tu. Mengucap dia. Nasib takde sakit jantung.

Kau tahu, pantiliner bersepah. Diorang lekat kat tingkap bilik air punya frame kayu. Kau ingat itu art ke setan!

Pastu, buku-buku diorang ada 3 kotak. Diorang biarkan je. Separuh mampus ya tunang aku bawa turun semua tu. Nasib hidup lagi. Sempatlah aku kahwin beranak dua sekarang.

So kesimpulanya, mak aku pun mula lupakan kata-kata sentiasa buat baik pada orang tu. Rumah tu dah disewakan balik. Tapi kami sewakan pada family. Bukan student. 



Sumber : thereporter.my