Solat Jenazah Bayi Yang Gugur


Soalan:
Adakah wajib solat jenazah atas bayi yang gugur?

Jawapan:
Jika pada bayi yang gugur ini nampak tanda-tanda hidup seperti bersuara ketika keluarnya atau bergerak maka wajiblah solat ke atasnya.

Adapun jika tidak ada nampak atasnya suatu dari tanda-tanda tersebut maka tidak disolatkan atasnya menurut mazhab Syafie.

Berkata Syeikh Khatib Syarbini:

“Dan yang kedua ialah bayi yang gugur yang tidak diketahui akan hidupnya dan tidak nampak kejadiannya maka tidaklah disolatkan atasnya dan tidak wajib memandikannya. Dan disunatkan menutupnya dengan kain dan menanamnya dan tidak dilakukan selain keduanya.

Adapun jika diketahui akan hidupnya dengan umpama bersuara atau lainnya atau nampak tanda-tanda hidupnya seperti ada pergerakan maka hukumnya seperti orang dewasa iaitu dimandikan dan dikafankan dan disolatkan atasnya dan ditanam akan dia supaya diyakini akan hidupnya dan matinya pada yang pertama dan nampak tanda-tanda hidup pada yang kedua.

Dan jika tidak diketahui akan hidupnya dan telah zahir kejadiannya wajib mandi dan kafan dan tanam tanpa solat ke atasnya.”

[Kitab Al-Iqna’ Syarah Syarah Abi Syuja’ jilid 1 m.s. 203]

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Azhar Idrus
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Oh! Makan


Sumber: Oh! Media