Dua kanak-kanak dibelasah sampai mati kerana buang air besar di tempat terbuka


Dua kanak-kanak dibelasah sehingga meninggal dunia kerana membuang air besar di tempat terbuka, semalam, dalam kejadian yang berlaku pada awal pagi di Shivpuri, Madhya Pradesh. 

Ketua Polis Raja Babu Singh berkata, mangsa ketika itu dalam perjalanan ke rumah datuknya dan berhenti di satu lokasi untuk membuang air besar. 

Namun mereka didatangi dua lelaki yang menyerang mereka dengan kayu. 

Mangsa yang mengalami kecederaan parah dihantar ke hospital, namun disahkan meninggal dunia. 

Susulan kejadian itu, polis menahan dua suspek yang merupakan adik beradik di salah seorangnya didapati mengalami gangguan mental. 

Bapa salah seorang mangsa, Manoj Balmiki berkata, rumahnya tidak mempunyai tandas menyebabkan mangsa terpaksa membuang air besar di luar. 

"Suspek menjerit kerana mereka membuang air besar di atas jalan. Dua lelaki itu kemudian memukul kepala mangsa dengan kayu menyebabkan mereka maut," katanya. 

Rabu lalu, Perdana Menteri Narendra Modi mengumumkan kempen melarang membuang air besar di tempat terbuka.

Pada 2014, Modi juga pernah melancarkan Misi India Bersih dan berjanji akan menyediakan kemudahan tandas untuk rakyatnya menjelang tahun ini. 

Sumber: AFP, Harian Metro


Sumber : thereporter.my