Hukum Tidur Di Dalam Masjid

Posted on Thursday, September 12, 2019 | 9/12/2019



SOALAN:
Apakah hukmnya tidur di masjid pada malam hari atau tidur sekejap pada waktu siang?

JAWAPAN:
Hukum tidur dalam masjid jika ada keperluan seperti tidur sekejap kerana menunggu waktu tahajjud atau kerana iktikaf atau menunggu masuk waktu solat yang lain atau kerana musafir yang singgah atau seumpamanya adalah harus.

Tersebut pada kitab Ghazaul Al-Albab:

قال العلماء: إذا كانت هناك حاجة إلى المبيت بالمسجد فلا حرج ومن ذلك المعتكف، وكذلك مالا يستدام كبيتوتة الضيف الذى لا أهل له. والمريض والمسافر والفقير الذى لا بيت له، ومن يشرف على المسجد من نظافة وخدمة وأذان وإمامة إذا لم تكن لهم بيوت خاصة.
وعلى هذا الحكم جمهور العلماء، وإن كان ابن مسعود كره النوم فى المسجد مطلقا، وسئل ابن عباس عن المبيت بالمسجد فقال: إن كان لحاجة كالغريب الذى لا أهل له أو الفقير الذى لا بيت له إذا كان يبيت بمقدار الحاجة ثم ينتقل فلا بأس وأما من اتخذه مبيتا ومقيلا فينهى عن ذلك، والإمام مالك أباح النوم فى المسجد لمن ليس له مسكن، أما من له مسكن فيكره نومه فى المسجد.
والخلاصة أن النوم فى المسجد ليس بحرام، ولكنه مكروه لغير حاجة، فإن كانت هناك حاجة سواء أكانت دائمة أو مؤقتة فلا كراهة

“Telah berkata para ulama': Apabila adalah disana kerana ada keperluan kepada bermalam di masjid maka tidak menjadi kesalahan. Sesetengah dari keperluan itu ialah orang yang iktikaf dan seperti itu juga tetamu yang tidak ada keluarga dan orang sakit dan musafir dan orang fakir yang tiada ada rumah baginya dan orang yang membersihkan masjid dan pekerja masjid atau kerana azan dan menjadi imam apabila tiada bagi mereka ini rumah yang khusus.

Inilah hukum yang berlaku pada jumhur ulama' sekalipun adalah Ibnu Mas’ud r.a memakruhkan tidur di masjid secara mutlak.

Dan ditanya akan Ibnu Abbas r.a tentang bermalam di masjid maka kata beliau: Jika adalah bermalam itu kerana hajat seperti orang dagang yang tiada baginya keluarga atau fakir yang tiada mempunyai rumah apabila adalah bermalam itu sekadar hajat kemudian beredar dia maka tidaklah menjadi kesalahan. Dan adapun orang yang menjadikan masjid sebagai tempat bermalam dan tempat rehat maka dilarang dari yang demikian itu.

Dan Imam Malik mengharuskan tidur di masjid bagi orang yang tidak mempunyai tempat tinggal. Ada pun bagi orang yang mempunyai tempat tinggal maka dimakruhkan dia tidur di masjid.

Kesimpulannya bahawa tidur di masjid bukanlah haram dan tetapi makruh jika tiada keperluan. Maka jika ada keperluan di sana sama ada keperluan yang lama atau sementara maka tidak makruh.”

(Jilid 2 m/s. 257)

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Azhar Idrus
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media


Oh! Makan


Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 9/12/2019

0 comments:

Loading...