Lim Guan Eng Anggap Tindakan Boikot Barang Bukan Bumiputera Sebagai Cetek Pemikiran?


Nampaknya kempem mengutamakan pembelian produk muslim semakin memberi kesan walaupun Ohmedia lihat kebanyakannya masih menafikan bahawa ia tidak akan memberikan kesan yg besar kepada ekonomi.

Tapi, Ohmedia tertarik dengan kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang melihat tindakan beberapa pihak untuk memboikot barangan keluaran bukan Bumiputera dianggap sebagai cetek pemikiran dan boleh mengakibatkan perpecahan dalam kalangan masyarakat.

Mana-mana pihak seharusnya tidak menganjurkan apa juga program yang boleh memecah-belah masyarakat, sebaliknya semua harus bersatu-padu supaya Malaysia menjadi negara berjaya. Jadi, cadangan pihak tertentu untuk boikot-memboikot adalah tidak wajar kerana sekiranya kita boikot, akan berlaku pecah-belah dalam kalangan rakyat,” katanya.

Tambahnya lagi, tindakan itu tidak mendatangkan sebarang kebaikan kepada ekonomi negara dan kerajaan.

Bagaimanapun, bagi Ohmedia ini pilihan yang dibuat oleh rakyat dan individu. Jadi apa pula pandangan korang tentang isu ini.


Sumber: Oh! Media