--> Skip to main content

Kula Segaran Dipanggil Pihak Polis Minggu Depan!

Sumber gambar dari Awani
Menteri Sumber Manusia, Kula Segaran dipanggil oleh pihak polis bersama empat lagi individu bagi diambil keterangan mereka susulan laporan yang dibuat oleh Dr Zakir Naik atas tuduhan memfitnah.

Dipetik dari Sinar Harian, empat lagi yang dipanggil adalah Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr P Ramasamy; Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Dalam, Satees Muniandy dan bekas duta Malaysia ke Kanada, Datuk Dennis J Ignatius.

Menurut pihak polis, makluman berkenaan hal ini sudah dimaklumkan kepada mereka sebelum, namun tiada seorang individu pun yang tampil bagi membantu siasatan.

"Minggu depan, kita akan pastikan mereka sampai untuk kita rekod keterangan bagi bantu siasatan polis," kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed

Sumber: Sinar Harian

+Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Filem



Sumber: Oh! Media
Tarikh Artikel: 08 September 2019
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...