Pemilik 'Ysuku' Dalam Pemerhatian, Dan TIndakan Akan Diambil, Kata Pihak Polis

Posted on Monday, September 09, 2019 | 9/09/2019


Gambar sumber dari Google
Ysuku atau Y150ZR adalah motosikal segmen kapcai yang menjadi pilihan belia sekarang. Tidak terlepas, golongan artis juga. Mungkin kerana reka bentuk motosikal itu yang cantik atau juga kerana 'performance'nya. Sudah menjadi trend, Ysuku dimodifikasi untuk menambah kelajuan sehingga menelan kos puluhan ribu ringgit. Tapi tahukah korang, memodifikasi sesuatu kenderaan tanpa mengikut spesifikasi JPJ adalah satu kesalahan?

Hari ini pihak polis mengeluarkan kenyataan bahawa 'Ysuku' dalam pemerhatian pihaknya berikutan trend semasa yang gemar mengubah motosikal berkenaan. Dipetik dari Berita Harian, Timbalan Pengarah (Penguatkuasaan/ Kawalan Lalu Lintas/ Pengurusan Saman) Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain, berkata pihaknya tidak teragak-agak untuk menyita motosikal terbabit jika didapati ia melanggar undang-undang jalan raya.

Menurut beliau, tindakan memodifikasi motosikal adalah suatu tindakan tidak bertanggungjawab dan membahayakan prnggunaa jalan raya yang lain. Misalnya, kelajuan moto yang ditambah dari kelajuan standard, kemungkinan mtotsikal berkenaan tidak mampu mengawal kelajuan berkenaan yang akhirkan akan menyebabkan kemalangan. Katanya, pihaknya akan mengadakan sekatan jalanraya dari masa ke semasa ke semasa untuk mengesan kesalahan ubah suai kenderaan berkenaan.

Sumber: Berita Harian

+Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Filem



Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 9/09/2019

0 comments:

Loading...