Cukai Baru Terpaksa Diperkenalkan Tetapi Tidak Membebankan, Kata Tun M

Posted on Sunday, October 06, 2019 | 10/06/2019


Sumber gambar dari Chedet Official
Nampaknya selain cukai sedia ada seperti SST, kerajaan dalam 'rangka' untuk memperkenalkan lagi beberapa cukai. Tun M berkata, tujuannya adalah untuk memperkemaskan lagi sistemm cukai negara ini. Tambah beliau, cukai yang dimaksudkan adalah cukai yang lebih adil dan tidak membebankan rakyat. Macam mana tu?

Dalam kenyataan Tun M, "sistem cukai sedia ada tidak telus, ramai orang terlepas daripada membayar cukai. Oleh itu, kerajaan bertindak mahu memperkenalkan cukai baru yang lebih adil dan tidak membebankan".

Dipetik dari Sinar Harian, antara cadangan dan strategi yang akan digariskan adalah, memperkenalkan inisiatif baru dengan baik pulih pematuhan cukai, tingkatkan kecekapan cukai, dan memperluaskan asas cukai. Sebelum ini, kerajaan menyatakan kesediaan mereka untuk mengkaji semula pelaksanaan GST yang dikatakan selaras kehendak rakyat.

Sumber: Sinar Harian


+Baca respon pembaca Oh! Media.





Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 10/06/2019

0 comments:

Loading...