China akan didik warganya untuk berkelakuan senonoh ketika melancong di Malaysia - Duta Besar China

Posted on Wednesday, November 27, 2019 | 11/27/2019



China akan mendidik warganya tentang bagaimana menjaga adab apabila melawat Malaysia sebagai pelancong, kata Duta Besar China, Bai Tian. 

Beliau berkata, Kedutaan China menerima aduan terhadap rakyatnya yang didakwa tidak menghormati sensitiviti rakyat Malaysia dan tindakan itu amat memalukan Beijing. 

"Orang Cina mempunyai tamadun sejak 5,000 tahun dan kita tahu bagaimana untuk berkelakuan senonoh dan tidak menyinggung perasaan orang lain," katanya. 

Bai Tian juga memaklumkan, kedutaannya juga bimbang apabila menerima laporan mengenai salah laku pelancong China di Malaysia. 

Bai mengulas mengenai kes di mana ada beberapa pelancong China yang menari di hadapan sebuah masjid di Sabah pada tahun lalu, sehingga mendapat perhatian pihak berkuasa susulan tindakan mereka itu menimbulkan kemarahan masyarakat.

"Apa yang dilakukan oleh pihak berkuasa Malaysia adalah betul. Di pihak kami, kami akan mendidik warga kami untuk berkelakuan baik di Malaysia," katanya. 

Sumber: Malay Mail



Sumber : thereporter.my
Blog, Updated at: 11/27/2019

0 comments:

Loading...