TMJ Pulang Duit Insentif Kerajaan Negeri Untuk Beli Bot Pengutip Sampah Di Sungai Johor Dipuji

Posted on Wednesday, November 20, 2019 | 11/20/2019



Seperti yang sedia maklum bahawa Piala Malaysia bagi musim ini masih kekal menjadi milik pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) dan hasil dari kemenangan itu, kerajaan negeri Johor telah memberikan insentif wang tunai sebanyak RM500,000. Tetapi, wang itu dipulangkan semula oleh DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim.

Dari apa yang dijelaskan, wang itu dipulangkan untuk menampung kos pembelian bot-bot pengutip sampah yang mempu membersihkan sungai-sungai di Johor.


Ini merupakan sumbangan dari DYAM Tunku Mahkota Ismail dan JDT dalam usaha untuk melestarikan alam sekitar dan mengatasi masalah pencemaran yang berlaku.- kata kenyataan itu.


Kalau korang perasan, sebelum ini tersebar mengenaik kutipan sampah dari sungai Klang apabila bot pembersih itu berjaya mengeluarkan pelbagai jenis sampai seperti helmet, handbag, botol, beg sampah, besi buruk dan banyak lagi.


Untuk pengetahuan korang, bot pembersihan sungai menggunakan Teknologi Interceptor yang berasal dari Belanda, berupaya mengutip sehingga 5,000kg sampah sarap setiap hari. Selain menggunakan tenaga solar secara sepenuhnya, bot tersebut mampu beroperasi 24 jam sehari.




Oh Youtube



Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 11/20/2019

0 comments:

Loading...