'Sudah-sudahlah menipu wahai Ustazah Fatin' - Farhan kesal difitnah, kongsi cerita sebenar

Posted on Thursday, December 05, 2019 | 12/05/2019



Isu yang membabitkan Farhan dan Fatin masih lagi menjadi perhatian netizen dan terbaru, Farhan meluahkan rasa kesalnya difitnah oleh Fatin. Malah dia meminta wanita yang pernah mengisi ruang hatinya itu untuk berhenti menipu kononnya dia mangsa penganiayaan. 

ALHAMDULILLAH SYUKUR. Kami berkahwin kerana Allah dan kami berpisah pun kerana Allah. Bahagia hati dapat melafazkan kalimah itu pada dirinya. 

Bermula dengan kisah di satu malam. Saya mengambil telefon bimbitnya di dapur untuk mencari sebuah jawapan. Lalu saya masuk ke bilik dan kunci pintu. Maka mengamuklah dia bagai jantan kerana tahu akan terbuka segala aibnya, rancangan jahatnya serta komplotnya dalam meraih simpati netizen kononnya dia adalah mangsa penganiayaan. 

Dia memukul pintu bilik sekuat hati selama hampir 15 minit, sampai lebam-lebam tangannya. Tahu-tahu dia buat report polis, katanya dipukul oleh suami dan dikurung oleh suami.

Sudah-sudahlah menipu wahai Ustazah Fatin ye. Rahsia si Ches pun ada dalam telefon dia. Saya dah ambil semuanya untuk dibuktikan di mahkamah nanti. Alhamdulillah Allah mudahkan, Allah buka jalan padaku untuk lebih kenal siapa dia Ustazah Fatin dan Ches, serta apa hubungan istimewa antara keduanya. 

Daku istikharah selama seminggu dan buat keputusan untuk terus melafazkan cerai. Setakat ini sahaja jodoh kami sebagai suami isteri, tetapi sebagai ayah dan ibu kepada anak-anak kami tetap selamanya sampai syurga. 

Wahai netizen semua, nilailah dengan mata hati dan akal fikiran yang Allah kurniakan. Banyak hikmah kebaikan buat kami melalui penceraian ini. Inilah yang disebut dengan perpisahan yang membahagiakan. Wallahu'alam. 


Sumber: Dai Farhan



Sumber : thereporter.my
Blog, Updated at: 12/05/2019

0 comments:

Loading...