Akibat Ikut Trend, Staf Restoran Makanan Segera Diberhentikan Kerja

Posted on Monday, February 17, 2020 | 2/17/2020



Memang ramai yang mengikut trend menulis mesej di atas kotak sampaikan ramai yang mengikutnya. Ada yang buat disebabkan memang berniat nak sampaikan mesej yang berguna dan ada pula yang buat hanya sekadar ingin berhibur semata-mata. Baru-baru ini, ada staf dari restoran makanan segera yang menyampaikan pesanan mereka kepada orang ramai dan tular di media sosial. Apa yang di tulis di atas kotak itu memaparkan mesej kepada pelanggan restoran makanan segera itu dan ianya berbentuk kritikkan.

Kalau naik motor jangan drive-thru


Apa yang mereka buat itu mengundang padah dan dikatakan telah dibuang kerja kerana tindakan mereka itu menjadi satu isu, padahal tak dilarang langsung pun menggunakan motorsikal untuk pandu-lalu. Ada juga yang hanya berjalan kaki di pandu-lalu. Ianya adalah hak pelanggan untuk menggunakan motosikal ataupon berjalan kaki di pandu-lalu kerana mereka juga pelanggan yang menyumbangkan keuntungan lepada restoran makanan segera tersebut.


Dengar cerita benda ini tersebar setelah dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook yang mengkritik atas penghinaan dua orang staf restoran makanan segera itu atas penghinaan menggunakan motosikal di pandu lalu. Kemudian, pihak pengurusan restoran itu sendiri menelefon dan meminta maaf kepada pengguna Facebook itu atas tindakan stafnya.

Ada satu penjelasan video dari staf tersebut yang mengatakan mereka memaparkan mesej seperti itu bukanlah untuk mengkritik, tapi kerana tidak dapat mengesan kedatangan motosikal apabila menggunakan pandu-lalu.

OHMEDIA : BERFIKIR DULU SEBELUM BUAT SESUATU

Sumber : Amazing Nara


Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 2/17/2020

0 comments:

Loading...