--> Skip to main content

Malaysia Akan Halang Semua Kapal Persiaran Dari China Masuk Negara


Sebelum ini semua mengetahui mengenai kapal persiaran dari China yang terpaksa berlayar tanpa arah selepas ditolak banyak negara dan akhirnya diterima untuk belayar di Kemboja.

Bertindakbalas dengan perkara ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah telah menegaskan yang Malaysia turut tidak akan menerima dan membenarkan semua kapal persiaran yang berlepas dari China untuk memasuki negara.

Ada laporan yang mengatakan penumpang kapal persiaran Westerdam ini didapati mempunyai hubungan rapat dengan mereka yang telah disahkan positif Covid-19 sebelum ini.


Dr Wan Azizah turut memaklumkan yang keputusan ini dibuat selepas melakukan perbincangan dengan Tun Mahathir dan kerajaan juga akan memperkukuhkan lagi kesiapsiagaan dan respon bagi menghadapi penularan wabak ini.

Setakat ini Malaysia telah merekodkan sebanyak 22 kes dan diharapkan jumlah ini tidak bertambah terutama melibatkan warganegara Malaysia.

Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca yang ikuti perkembangan wabak di facebook Oh! Media.

Sumber: Oh! Media
Tarikh Artikel: 17 February 2020
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...