Memang ramai yang mengikut trend menulis mesej di atas kotak sampaikan ramai yang mengikutnya. Ada yang buat disebabkan memang berniat nak sampaikan mesej yang berguna dan ada pula yang buat hanya sekadar ingin berhibur semata-mata. Baru-baru ini, ada staf dari restoran makanan segera yang menyampaikan pesanan mereka kepada orang ramai dan tular di media sosial. Apa yang di tulis di atas kotak itu memaparkan mesej kepada pelanggan restoran makanan segera itu dan ianya berbentuk kritikkan.
Kalau naik motor jangan drive-thru
Dengar cerita benda ini tersebar setelah dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook yang mengkritik atas penghinaan dua orang staf restoran makanan segera itu atas penghinaan menggunakan motosikal di pandu lalu. Kemudian, pihak pengurusan restoran itu sendiri menelefon dan meminta maaf kepada pengguna Facebook itu atas tindakan stafnya.
Ada satu penjelasan video dari staf tersebut yang mengatakan mereka memaparkan mesej seperti itu bukanlah untuk mengkritik, tapi kerana tidak dapat mengesan kedatangan motosikal apabila menggunakan pandu-lalu.
OHMEDIA : BERFIKIR DULU SEBELUM BUAT SESUATU
Sumber : Amazing Nara
Sumber: Oh! Media