Diva AA Cari Pasal Lagi, Ini Jawapan Sempoi Dari Naim Daniel


Anugerah Juara Lagu yang ke-34 telahpun melabuhkan tirainya pada Ahad lepas. Segala persoalan dan teka-teki mengenai siapakah juara telahpun terjawab apabila Naim Daniel dengan lagunya 'Sumpah' telah dinobatkan sebagai juara. Kemenangan itu telah menarik perhatian ramai terutamanya bekas pengacara anugerah berprestij itu iaitu Diva AA. Diva AA buat hal apa pulak lagi ni?


Siapa jer yang tak kenal Azwan Ali sebagai Diva AA ni kan. Menerusi satu tweet di laman sosialnya, Diva AA telah menulis di twitter mendakwa yang dia tidak mengenali sama sekali penyanyi lagu 'Sumpah' itu. Tweet itu dilihat seperti kurang sopan dan agak menyakitkan hati! Dia menyatakan perasaan tidak hairan terhadap artis tersebut meskipun telah dinobatkan sebaga juara.


Ekoran dari tweet Diva AA itu, Naim Daniel telah membalas tweet tersebut secara sempoi dengan memberi salam buat Diva itu terlebih dulu. Naim juga telah memuat naik gambar Diva AA itu di instagramnya. Menurut Naim, dia adalah salah seorang individu yang pernah menyokong Diva AA itu semasa Pilihan Raya Umum yang ke-14 (PRU14).


Rata-ratanya, netizen menasihati Naim agar tidak mempedulikan kata-kata Diva AA itu. Ada juga yang mengatakan, kematangan seseorang itu bukanlah berdasarkan dari umur tetapi sikap dan juga tingkah laku.

OHMEDIA: BETUL TU, KATA-KATA MELAMBANGKAN KEPERIBADIAN SESEORANG. JADI, SENTIASALAH BERKATA BAIK DAN BERSANGKA BAIK YE. HEHE.

Sumber: Naim Daniel

+ Baca respon Diva AA cari pasal lagi di Facebokk Oh! Media.
Sumber: Oh! Media