Kali Ini Agong Sendiri Turun Padang Bagi Wartawan McDonald's

Posted on Tuesday, February 25, 2020 | 2/25/2020



Semalam, negara kita telah mendapat banyak berita yang agak mengejutkan dan umum mengetahui yang hari ini negara kita masih tiada Timbalan Perdana Menteri, Menteri, Timbalan Menteri dan Setiausaha Politik dan hanya ada Perdana Menteri sementara yang telah disandang oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Semua orang pasti tertunggu-tunggu apa yang akan terjadi kepada kerajaan kita sampaikan banyak wartawan dan pihak dari media terpaksa berkampung di Istana Negara untuk menyampaikan berkembangan terkini kepada semua rakyat Malaysia dengan cepat dan pantas. Menyedari akan penat lelah para wartawan di Malaysia yang telah berkampung sejak jam 7 pagi semalam lagi dan rata-rata mereka hanya sempat makan coklat untuk menahan lapar, pihak Istana membawakan berpuluh kotak KFC untuk mereka menjamu selera.


Fuh! Semalam KFC, hari ni Mekdi pulak gais! Kali ni Agong yang turun padang sendiri dan bagi makanan kepada semua wartawan dan petugas media yang berkampung di Istana Negara. Daulat Tuanku!


Keindahan dan kerendahan hati Agong dan Permaisuri yang mencerminkan akhlak terpuji kepada seluruh rakyat Malaysia. Daulat Tuanku! Itulah salah satu sifat umat Islam. Ada rasa belas kasihan, ada rasa suka nak menolong dan juga mudah bersimpati.

OHMEDIA : SEMOGA ALLAH MEMBALAS JASA AGONG DAN PERMAISURI DENGAN SERIBU KEBAIKAN DI ATAS KEBAIKAN YANG DIHULURKAN, AMIN.

+ Baca respon pembaca kerendahan hati Agong dan Permaisuri di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 2/25/2020

0 comments:

Loading...