--> Skip to main content

Penampilan Ke-1000 Ronaldo Sebagai Pemain Professional



Cristiano Ronaldo telah mencipta sejarah baru selepas beraksi dalam penampilan ke-1000 beliau sebagai pemain bola sepak professional. Pencapaian beliau kini telah menyamai rekod pemain lagenda, Gabriel Batistuta dan Fabio Quagliarella. Untuk pengetahuan korang, Ronaldo telah menjaringkan 25 gol di semua kejohanan musim ini termasuk menjaringkan gol dalam 11 perlawanan berturut-turut di saingan Liga Serie A.



Ronaldo juga telah membantu pasukan Juventus untuk kekal sebagai pendahulu liga seleps menewaskan SPAL 2-1 baru-baru ini. Dalam perlawanan tersebut Ronaldo dan Ramsey berjaya menyumbat kedua-dua gol Juventus. Juventus bakal berkunjung ke perancis selepas ini untuk perlawanan 16 terbaik Liga Juara-Juara Eropah menentang Lyon.


Juventus telah meletakkan sasaran untuk menjadi juara liga pada musim ini. Di samping itu, mereka juga ada memasang impian di kejohanan UEFA. So mampukah Ronaldo bantu Juventus untuk memperolehi pelbagai kejayaan pada musim ini? sama-sama kita saksikan.

OHMEDIA : RONALDO MAMPU BANTU JUVENTUS UNTUK KEKALKAN KEJUARAN LIGA PADA MUSIM INI

+ Baca respon pembaca Ronaldo sebagai pemain professional di Facebook Oh! Media




Sumber: Oh! Media
Tarikh Artikel: 25 February 2020
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...