'Kami keluar dari PKR & PH, bentuk blok bebas di Parlimen' - Azmin Ali

Posted on Monday, February 24, 2020 | 2/24/2020



Semalam Dato' Seri Mohamed Azmin Ali mengesahkan beliau selaku ahli Parlimen PKR telah keluar dari parti dan hari ini memaklumkan 10 lagi ahli Parlimen PKR juga telah berbuat demikian. 

Terdahulu, PKR mengumumkan Azmin dan Zuraida Kamaruddin telah dipecat dari PKR ekoran tindakan dua bekas pemimpinnya itu berpaling tadah. 

Dalam kenyataan Azmin yang disiarkan di Facebooknya sebentar tadi menamakan 10 ahli Parlimen PKR yang telah keluar dari parti:

1. YB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali
Ahli Parlimen Gombak

2. YB Puan Hajjah Zuraida Kamaruddin
Ahli Parlimen Ampang

3. YB Dato’ Saifuddin Abdullah
Ahli Parlimen Indera Mahkota

4. YB Baru Bian
Ahli Parlimen Selangau

5. YB Dato’ Kamaruddin Jaffar
Ahli Parlimen Bandar Tun Razak

6. YB Dato’ Mansor Othman
Ahli Parlimen Nibong Tebal

7. YB Dato’ Rashid Hasnon
Ahli Parlimen Batu Pahat

8. YB Dato’ Seri Dr. Santhara Kumar
Ahli Parlimen Segamat

9. YB Ali Biju
Ahli Parlimen Saratok

10. YB Willie Mongin
Ahli Parlimen Puncak Borneo

11. YB Jonathan Yasin
Ahli Parlimen Ranau

"Kami Ahli-Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) mengisytiharkan kelaur daripada KEADILAN dan muafakat Pakatan Harapan bagi membentuk sebuah blok bebas di Parlimen," katanya. 



Sumber : thereporter.my
Blog, Updated at: 2/24/2020

0 comments:

Loading...