'Kami takde usung drawing kulu kilir macam dalam drama' - Engineer dedah realiti dunia pekerjaan mereka, tak nak geng makcik tertipu


Drama-drama tempatan yang disiarkan semakin hari mendapat tempat di hati penonton. Baik remaja atau dewasa sehingga ke peringkat warga emas menggemari setiap drama yang ditayangkan. Apatah lagi apabila kebanyakan drama telah diadaptasi daripada sesebuah novel. 

Tetapi yang menjadi rungutan penonton juga apabila karakter dan juga babak yang dilakonkan tidak seperti dunia realiti sebenar. Tidak mahu masyarakat tertipu lagi dengan babak sebegitu, seorang pemuda yang juga merupakan seorang jurutera mendedahkan situasi sebenar pekerjaan sebagai seorang jurutera di alam realiti.

SAYA dengan ini mewakili sebahagian engineer ingin membuat petisyen, agar dihentikan segala penipuan berkaitan kerjaya kami di dalam drama Melayu. Kesian makcik-makcik kena tipu tengok Samarinda TV3.

1. Kami tak berkemeja, bertali leher sepanjang hari. Berkot apetah lagi. Yang dalam drama mengaku engineer tapi pakai macam model tu dia lebih layak jadi pramugara bukan jurutera.

2. Kami tak ada usung drawing kulu kilir macam dalam drama. Oklah kadang-kadang ada bila nak berlakon busy tapi tak selalu. Bos pun boleh hidu. Kami pakai CAD di alam maya dah sekarang ni.

3. Bilik sendiri? Jangan kata senior engineer, senior engineering manager pun kadang dok sebaris dengan marhaen. Nasib baik sikit dapat cubicle asing. Dalam drama kemain, pangkat tinggi sikit bilik macam karaoke room VIP.... (part belakang telah diedit semula atas tapisan LPF) 

4. Kami tak ada secretary syarikat datang hulur fail pastu selak-selak sain, selak-selak sain ataupun selak-selak kain.

5. Perbezaan last paling ketara, rupa lah. Jarang engineer jambu dan bermuka polos. Paling kacak pun boleh jumpa macam yang dalam gambar ni.

Mana engineer yang setuju sila tandatangan di bawah. Bantulah makcik-makcik eksaited nak dapat bakal menantu engineer. Yang didamba ala Aeril Zafril, namun yang muncul persis Aerial TV.



Sumber : thereporter.my