KKM Sahkan Kesan Kes Ke-19 Koronavirus Libatkan Warga China


Sebentar tadi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Twitter rasmi mereka telah mengesahkan satu lagi kes terbaru Novel koronavirus yang melibatkan warga negara China yang dikesan di Malaysia.

Wanita yang berusia 39 tahun itu merupakan kawan kepada mangsa kes ke-14 di Malaysia dan anak kepada kes-16 yang kini sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur.

Ini menjadikan wanita ini sebagai mangsa yang ke-19 di Malaysia setakat ini dan pihak KKM akan memberikan maklumat lebih lanjut mengenai situasi sekarang dari semasa ke semasa.


Melihat daripada respon netizen di Twitter KKM pula,ramai yang memuji tindakan pantas petugas dalam mengenal pasti mereka yang dijangkiti dan memastikan wabak ini tidak tersebar di Malaysia.


Sumber: KKM

+ Baca respon pembaca yang risau dengan koronavirus di facebook Oh! Media.

Sumber: Oh! Media