Abang Syed Saddiq Serah Borang Masuk UMNO

Posted on Monday, March 09, 2020 | 3/09/2020



Hari ini, abang kepada Syed Saddiq, bekas Menteri Belia dan Sukan iaitu Syed Abdullah Syed Abdul Rahman dikatakan telah menyerahkan borang untuk menjadi ahli UMNO dan telahpun mengejutkan ramai pihak. Syed Abdullah merupakan seorang yang berkelulusan Ijazah Kejuruteraan Aeroangkasa Universiti Embry Riddle Daytona Beach, Florida, Amrika Syarikat.


Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (PPUM) dikatakan baru saja memuatnaik gambar yang disaksikan dua orang semasa Syed Abdullah menyerahkan borang ahli UMNO Bahagian Ampang kepada Datuk Shahrul Nasrin Kamarudin, Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

UMNO menggalakkan lebih ramai profesional muda yang menyertai UMNO dan bersama-sama menyumbang idea baru untuk generasi yang akan datang dan juga ada mengucapkan syabas kepada Syed Abdullah kerana telah memilih UMNO walaupon adiknya, Syed Saddiq dikatakan sentiasa beranggapan buruk terhadap UMNO.

Sumber : Malay Mail

OHMEDIA : SEMOGA SEMUANYA BERBAKTI KEPADA NEGARA KITA!

+ Baca respon pembaca Syed Abdullah masuk UMNO di Facebook Oh! Media.


Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 3/09/2020

0 comments:

Loading...