--> Skip to main content

150 Pengamal Media Berkumpul Tunggu Senarai Penuh Kabinet



PUTRAJAYA, 9 Mac – Lebih 150 pengamal media berada di Putra Perdana petang ini bagi membuat liputan mengenai pengumuman jemaah Menteri baharu.

Kesemua mereka terdiri daripada media tempatan dan antarabangsa mula memasuki Pejabat Perdana Menteri (PMO) itu seawal jam 2.30 petang.

Tepat jam 5.00 petang, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka akan mengumumkan senarai penuh jemaah Menteri dan Timbalan Menteri di bawah pentadbirannya.

Terdahulu, satu perjumpaan khas antara Muhyiddin serta ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengambil tempat di kediaman rasmi Muhyiddin di Kompleks Sri Perdana.



Sumber: teganukita.net
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...