Mufti Wilayah Persekutuan Dr Zulkifli Dilantik Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Gantikan Mujahid


Sebentar tadi baru sahaja selesai pengumuman secara langsung senarai Kabinet oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan apa yang menarik perhatian semua adalah tidak ada sebarang pelantikan Timbalan Perdana Menteri di mana empat orang Menteri Kanan dilantik bagi membantu pentadbiran Perdana Menteri.

Selain itu, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri turut menarik perhatian apabila dilantik menjadi Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan ini adalah satu petanda yang baik.


Jika korang masih ingat, jawatan ini telah dipegang oleh Dato' Seri Dr Mujahid Yusof sebelum ini dan Ohmedia yakin banyak perubahan akan dilakukan di bawah bekas Mufti Wilayah Persekutuan.

Laporan lanjut menyusul.

Sumber: RTM

+ Baca respon pembaca yang ikuti pengumuman kabinet di Facebook Oh! Media.


Sumber: Oh! Media