Anak Melayu Bertanjak Di Oxford, Bangga Perkenal Pakaian Tradisi Semasa Konvo!


Seperti kita semua sedia maklum, istiadat konvokesyen adalah satu majlis rasmi yang penuh dengan protokol yang perlu diikuti, yang tujuannya untuk meraikan kejayaan graduan dalam menuntut ilmu yang  penuh dugaan dan cabaran. Disini Ohmedia nak kongsi satu kisah bagaimana seorang anak Melayu memilih untuk bertanjak berbanding mortar board ketika majlis konvokesyen disebuah univeriti terkenal di London.

Cerita ini dikongsi sendiri oleh graduan berkenaan di laman Facebook berkenaan. Graduan berkenaan merupakan seorang pensyarah dari Universiti Multimedia bernama Dr. Khair Razlan Othman. Beliau memilih untuk mengabadikan peristiwa bersejarah berkenaan dengan menunjukkan jati diri dan asal usulnya sebagai orang Melayu.

Sumber gambar dari Facebook Khair Razlan Othman
Menurut cerita yang dikongsikan, beliau begitu memahami bahawa sesuatu majlis mempunyai etika dan protokol yang perlu diikuti.  Justeru itu, beliau telah meminta keizinan dari proktor kolej untuk mengenakan tanjak tradisional dan permintaannya diterima. Beliau mendedahkan beliau menjadi individu pertama semenjak penubuhan universiti terkenal berkenaan.

Beliau mendedahkan bahawa tindakan yang dilakukan berkenaan tujuannya bukan untuk meraih populariti sebalik mahu mengangkat khazanah peradaban bangsa Melayu yang sudah lama tertimbus. Jelasnya, tindakan berkenaan untuk menunjukkan isyarat bahawa "Melayu Takkan Hilang Didunia" dan akan terus hidup dengan falsafah berkenaan.

Sumber gambar dari Facebook Khair Razlan Othman
Diakhir ceritanya, beliau mengucapkan rasa terima kasih kepada ibu dan bapanya yang turut bertanjak diatas doa yang diberikan, serta isterinya yang sentiasa menemaninya dalam perjalanan 10 menuntut ilmu disana. Rata-rata warga media sosial menzahirkan ucapan tahniah diatas konvokesyen berkenaan serta berbangga mampu tempa kejayaan di sana.



OHMEDIA: TAHNIAH DR! SEMOGA MENJADI INSPIRASI KEPADA ANAK MUDA YANG LAIN.

Sumber: Facebook Khair Razlan Othman

+ Baca respon pembaca anak Melayu bertanjak di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media