Astro GO Beri 22 Saluran Percuma Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan

Posted on Monday, March 23, 2020 | 3/23/2020



Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan, semua individu tidak dibenarkan keluar sekiranya tiada hal yang mustahak bagi mencegah wabak covid-19 dari berleluasa. Ramai yang tidak senang duduk dan dikatakan tiada aktiviti yang boleh buat dirumah untuk hilangkan rasa bosan walaupun berada dirumah. Korang jangan risau sebab kali ini Astro juga telah membuat pengumuman dimana semua rakyat Malaysia boleh mengakses perkhidmatan Astro Go secara percuma sehingga 31 Mac 2020.

Dengan Astro Go, korang boleh menonton sebanyak 22 saluran secara percuma iaitu :

– Astro Prima
– Astro Oasis
– GO Shop HD Ruuma
– GO Shop HD Gaaya
– Astro Vaanavil
– Makkal TV
– Astro AEC
– GO Shop Chinese
– TV Alhijrah
– Celestial Movies
– Celestial Classic Movies
– CCTV4
– Astro Xiao Tai Yang
– Astro Awani
– Bernama TV, Astro Tutor TV UPSR, PT3, SPM
– Astro Arena
– eGG
– HELLO
– Cartoon Network

Namapun percuma, tak semestinya untuk orang yang melanggan Astro saja yang boleh akses. Orang yang tidak melanggan juga boleh mengakses secara percuma. Korang boleh memuat turun Astro Go di App Store bagi yang menggunakan peranti iOS atau Play Store untuk yang menggunakan peranti Android. Kemudian, korang daftar dengan pilihan "A non-Astro customer". So, korang dah boleh menonton 22 saluran yang secara percuma yang diberi untuk Astro ini sehingga 31 Mac nanti.

Sumber : Amanz

+ Baca respon pembaca Astro GO beri 22 saluran percuma di facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 3/23/2020

0 comments:

Loading...