COVID-19 : Orang Awam Masih Bersikap Sambil Lewa, Beri Alasan Tidak Munasabah

Posted on Thursday, March 19, 2020 | 3/19/2020



Semua orang harus duduk dirumah sekiranya tiada hal yang mustahak diluar kawasan selepas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yaasin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan selama dua minggu yang telah pon dijalankan. Laporan Berita Harian mengatakan masih ada lagi orang awam diluar sana yang tidak mengikut apa yang diperintah kerajaan, keluar bersiar-siar di Kuala Lumpur.


Asisten Komisioner Mohd Fahmi Visuvanathan Abdullah, Ketua Polis Daerah Dang Wangi berkata yang arahan ini dilakukan kerajaan untuk membendung penularan wabak Covid-19 tetapi masih ada lagi yang bersikap sambil lewa dan mengatakan untuk bersiar-siar, hendak membeli makanan, mahu menghantar barang dan pelbagai alasan yang langsung tidak munasabah dari hasil sekatan jalan raya yang dijalankan pihaknya malam tadi.


Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya berkata yang sekatan jalan raya di kawasan Petaling Jaya turut dilakukan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini. Asisten Komosioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon, Ketua Polis Daerah Cheras pula mengatakan yang pihak mereka menyampaikan hebahan menggunakan pembesar suara di masjid-masjid sekitar Cheras kepada penduduk disana supaya duduk dirumah sekiranya tiada sebarang urusan penting diluar.

OHMEDIA : DUDUKLAH DIRUMAH, UNTUK KESELAMATAN DIRI KORANG DAN SEMUA RAKYAT MALAYSIA JUGA!

Sumber : Sinar Harian

+ Baca respon pembaca orang awam bersikap sambil lewa di Facebook Oh! Media.



Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 3/19/2020

0 comments:

Loading...