COVID-19 : PK-Nerus Salur Bantuan Keperluan Harian Golongan Terjejas


Oleh: Nizam a-Takiri

KUALA NERUS, 24 Mac - Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Kuala Nerus (PK-NERUS) mengagihkan 1,000 barangan keperluan berupa beras, gandum  dan lain-lain kepada rakyat yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, agihan tersebut bermula kelmarin serta merupakan inisiatif bagi membantu rakyat Kuala Nerus berpendapatan rendah dan terputus sumber pendapatan.

“Semua pihak wajar membantu rakyat yang terjejas akibat penularan serius wabak COVID-19 ketika ini. Pihak Pusat Khidmat dan beberapa agensi kerajaan seluruh kawasan Kuala Nerus telah mengagihkan 1,000 barangan keperluan kepada seluruh rakyat yang layak.

“Sumbangan barangan keperluan ini diharap dapat meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat Kuala Nerus yang terjejas akibat penularan wabak COVID-19," ujarnya ketika dihubungi pemberita, semalam.

Ujar Dr Khairuddin lagi, PK-Nerus dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN), Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTs) dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) telah mengagihkan 1000 barangan keperluan kepada mereka yang layak.

Tambah beliau, dengan pengagihan barangan-barangan keperluan tersebut diharap dapat meringankan beban kepada mereka yang terjejas sumber pendapatan akibat PKR bagi membendung penularan wabak COVID-19.

Beliau yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi turut menasihatkan orang ramai agar dapat mematuhi perintah larangan itu hingga 31 Mac ini.

Sumber: teganukita.net