COVID-19:ADUN BBC Terengganu Potong Gaji Untuk Tabung

Posted on Sunday, March 29, 2020 | 3/29/2020




KUALA NERUS, 29 Mac - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Hishamuddin Abdul Karim  mewakili seluruh ADUN Kelab Penyokong Kerajaan Negeri atau lebih dikenali Backbencher (BBC) tidak ketinggalan untuk turut sama menyumbang bagi Tabung Bantuan Covid-19 Terengganu dengan pemotongan 30 peratus gaji mereka selama dua bulan.

Beliau yang juga Pengerusi
Kelab ini berkata mereka juga terlibat sama secara langsung dalam menyokong usaha memerangi Covid 19 dari terus menular bersama usaha kerajaan negeri.

"Ini merupakan salah satu usaha selain usaha wajib yang dilaksanakan oleh semua ADUN secara rutin di dalam kawasan masing-masing," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya lagi, ia dilihat berdasarkan perkembangan semasa penularan Covid 19 dan tekanan yang dialami keseluruhan rakyat menyebabkan seluruh anggota kabinet Malaysia memotong gaji penuh selama dua bulan.

Perkara ini juga disambut baik pihak kerajaan negeri Terengganu melalui  Menteri Besar dan Exco kerajaan negeri dengan memotong 50 peratus gaji selama dua bulan.

Justeru itu, sebagai ADUN Backbencher, Hishamuddin berkata keputusan secara bersama-sama ini dibuat bagi mencontohi tindakan yang pihak kerajaan negeri dan pusat demi kebaikan rakyat.



Sumber: teganukita.net
Blog, Updated at: 3/29/2020

0 comments:

Loading...