'Dia dah sedaya upaya ikut step precaution tapi...' - Anggota PDRM duduk luar rumah (khemah), elak isteri & anak-anak dijangkiti Covid-19

Posted on Sunday, March 22, 2020 | 3/22/2020



Walaupun arahan kawalan pergerakan sudah dikeluarkan disebabkan wabak Covid -19, masih terdapat lagi individu yang tidak mendengar arahan tersebut. Ibarat mencurah air ke daun keladi, segala-galanya tidak dipandang serius oleh masyarakat. 

Situasi ini menyebabkan pihak berkuasa seperti pihak polis terpaksa bertugas untuk mengawal keadaan. Seperti petugas perubatan, pihak polis juga berdepan dengan kemungkinan jangkitan wabak ini. 

Menyedari masih ramai lagi individu di luar sana yang masih berdegil, seorang wanita berkongsikan rutin jirannya yang merupakan anggota PDRM yang bertugas di saat ini. Katanya, bagi mengelakkan jangkitan, jirannya itu terpaksa mengasingkan diri didalam khemah yang dipasang dan mengikut langkah-langkah pencegahan yang disarankan.

SAAT kita masih lagi keluar rumah tanpa sebarang urusan penting dan tanpa rasa bersalah, ketahuilah, jiran Kekda seorang anggota PDRM terpaksa duduk di luar demi keselamatan anak-anak dan isterinya.

Balik rumah dari bertugas terus mandi di luar rumah, tanpa masuk rumah pun. Dan duduk di dalam khemah yang beliau sendiri pasang untuk asingkan diri dari anak-anak dan isteri beliau. Sedangkan beliau sedaya upaya mengikut step-step precaution sedaya mampu ketika bertugas di luar sana di tempat orang ramai dari terkena jangkitan virus tersebut.

Lebih memilukan, bila beliau dan pasukannya ke tempat seperti kedai di dalam kampung, rata-rata jawapan orang awam:

“Kami ni dah tua, COVID tak nak dah kat kami. Kalau kena pun memang nak mati dah dengan usia kami ni. “

Orang yang cakap macam ni dia tak tahu kot macam mana keadaan meninggal dengan sakit COVID19 ni hmmm. Belum lagi part orang ramai masih bawak anak-anak keluar pergi beli barang macam takde apa-apa.

Sebak pilu tengok para frontliners usaha betul-betul untu kekang situasi ni dari jadi makin teruk. Tapi rakyat atau orang awam, masih ada yang tak cakna dan tak peduli.

Selfish! Tolonglah saat korang masih berpeluang duduk bersama keluarga, ingat barisan hadapan negara yang terpaksa berkorban sebegini rupa untuk kesejahteraan kita semua.

Tolong, tolong prihatin

**Buat jiran Kekda, Abg Din, anda adalah hero negara. Buat Kak Ta dan anak-anak, sesungguhnya kalian adalah insan yang hebat . Kalian semua adalah yang terhebat.

#KekdaShare
#StayAtHomePlease

Kredit: Eyda Sukiman


Sumber : thereporter.my
Blog, Updated at: 3/22/2020

0 comments:

Loading...