--> Skip to main content

Seorang Doktor Patologi di HTF meninggal dunia akibat Covid-19


Beberapa hari lalu, seorang doktor di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar dilaporkan positif Covid-19 selepas pulang dari Turki pada 8 Mac lalu. 

Hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan doktor berkenaan menjadi mangsa kesembilan meninggal dunia. 

"Mangsa (48) dimasukkan ke HTF pada 17 Mac 2020 selepas mengalami simptom Severe Acute Respiratory Infection dan disahkan positif Covid-19 pada 18 Mac lalu. 

"Bantuan alatan pernafasan diberikan sejak 19 Mac selepas keadaan kesihatannya merosot. Dia disahkan meninggal dunia pada 10.33 pagi hari ini," katanya. 

Noor Hisham berkata, kes doktor patologi itu disyaki bukan dalam kalangan barisan hadapan mahupun daripada kalangan rakan kerja yang berdepan dengan pesakit wabak itu, tetapi berkait dengan sejarah perjalanannya ke luar negara. 

Sumber: Harian Metro

LAPORAN BERKAITAN


Sumber : thereporter.my
Tarikh Artikel: 22 March 2020
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...