Foodpanda Lancarkan Penghantaran Tanpa Sentuh

Posted on Wednesday, March 18, 2020 | 3/18/2020



Semasa Perintah Kawalan Pergerakan selama dua minggu telah mula dijalankan, platform penghantaran makanan atas permintaan, foodpanda tetap akan beroperasi seperti biasa. Bagi memastikan penghantaran makanan dapat dilakukan dengan baik, foodpanda telah melancarkan dasar penghantaran tanpa sentuh harini bagi mengurangkan interaksi manusia dan meminimumkan risiko wabak covid-19 yang tengah melanda.

Langkah baru ini dibuat untuk memastikan pelanggan berasa selamat untuk menggunakan perkhidmatan foodpanda. Pelanggan boleh memberitahu kepada rider untuk membuat penghantaran tanpa sentuh semasa membuat pesanan di aplikasi foodpanda. Pesanan akan diberitahu apabila tiba dan rider akan meletakkan pesanan pelanggan di tempat drop yang telah ditetapkan sama ada di pejabat ataupun rumah.


Jarak rider dan pelanggan mestilah sejauh 1 meter dan pelanggan juga harus mengesahkan pesanan  yang dihantar. Foodpanda juga mengalakkan semua pelanggan untuk membuat pembayaran atas talian bagi mengurangkan lagi interaksi.

Oh ya, foodpanda juga memerintahkan semua rider untuk mencuci tangan setiap dua jam dan selepas penghantaran pesanan dilakukan. Rider foodpanda juga telah dibekalkan hand sanitizer dan topeng muka secara percuma untuk memastikan keselamatan mereka sepanjang menjalankan tugas.

Sumber : TheStar

OHMEDIA : TERIMA KASIH FOODPANDA ATAS PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN UNTUK MENJAGA KESELAMATAN RAKYAT MALAYSIA!

+ Baca respon pembaca foodpanda lancarkan penghantaran tanpa sentuh di Facebook Oh! Media.


Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 3/18/2020

0 comments:

Loading...