Itali Arah Tutup Semua Kedai & Restoran Selepas Catat 200 Kematian Dalam Sehari!


Selepas mengeluarkan arahan perintah berkurung, Perdana Menteri Itali Giuseppe Conte telah mengarahkan pula penutupan semua kedai dan restoran termasuk salun dan bar kerana Semalam Itali telah mencatatkan hampir 200 kematian dalam sehari.


Bagaimanapun, kedai yang menjual barangan makanan, farmasi dan bank tidak akan ditutup.


Pihak Kesatuan Kesihatan Sedunia (WHO) turut telah mengkelaskan wabak COVID-19 ini sebagai pandemik yang merupakan penyakit yang akan menyerang seluruh dunia dan virus ini amat degil dan kuat kerana boleh hidup hampir di semua tempat.

Itali juga telah menjadi negara luar China dengan catatan kes paling tinggi iaitu 10,590 kes dengan 827 kematian dan Iran pula menjadi negara kedua dengan catatan 9,000 kes dan 354 kematian.

Negara jiran kita Indonesia juga telah mencatatkan 1 kematian dan Malaysia masih tidak mencatatkan sebarang kematian lagi.


Sumber: BuzzFeedNews

+ Baca respon pembaca yang ikuti perkembangan wabak di Facebook Oh! Media.


Sumber: Oh! Media