Jangan Tertipu! BNM Tak Lantik Pihak Ketiga Urus Bayaran Balik Pinjaman


Jangan Tertipu! Maklum mengetahui yang sebelum ini Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Bank Negara Malaysia telah memutuskan untuk membenarkan penangguhan bayaran balik selama 6 bulan kepada rakyat Malaysia bagi menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan dan sekarang ada pihak sudah mengambil kesempatan untuk memperdaya mangsa.

Sebelum keadaan menjadi buruk, pihak Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police telah mengeluarkan beberapa peringatan kepada kita semua.

PENANGGUHAN BAYARAN BALIK PINJAMAN !

Admin yakin semua dah tahu tentang penangguhan bayaran balik dan dah mencari pencerahan di laman-laman sosial.

Post kali ni bukan untuk menerangkan tentang perkara itu tetapi untuk ingatkan masyarakat bahawa :-

1. Bank Negara Malaysia (BNM) TIDAK MELANTIK mana-mana pihak atau ejen untuk membuat proses permohonan penangguhan bayaran balik.

2. Sila berhubung terus dengan bank pinjaman anda. Tidak perlu ke cawangan bank. Bank yang akan uruskan secara automatik untuk anda.

JANGAN LAYAN panggilan telefon yang menyamar dari pihak bank dan meminta BUTIRAN PERBANKAN anda.

JANGAN serahkan no KAD ATM, no PIN ATM, ID PENGGUNA atau KATA LALUAN perbankan internet anda kepada mana-mana individu melalui panggilan telefon atau whatsapp!

INGAT! Penangguhan bayaran balik adalah AUTOMATIK ! Anda tidak perlu membuat permohonan.

JANGAN JADI MANGSA !


Sumber: Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police

+ Baca respon pembaca yang ingin lakukan penangguhan bayaran di Facebook Oh! Media.


Sumber: Oh! Media