Jemari Emas Mampu Jana Pendapatan



Oleh: Aslam Wira

MARANG, 8 Mac - Golongan wanita, terutama surirumah di negeri ini mampu menjana pendapatan tambahan melalui seni jahitan walaupun berada di rumah.

Melihat perkara itu,
Persatuan Isteri Wakil Rakyat Dan Isteri Bekas Wakil Rakyat Negeri Terengganu  (Khairunnisa’) mengambil inisiatif menganjurkan Program Jejari Emas

Pengerusi persatuan itu, To’ Puan Seri Tuan Faizah Tuan Ab Rahman berkata,
program kali kedua itu dianjurkan bertujuan menarik minat golongan wanita dan suri rumah dalam kelas jahitan.

Katanya, pihaknya akan turun ke setiap DUN bersama kelengkapan dan tenaga pengajar

“Tumpuan utama akan diberikan golongan surirumah, ibu tunggal, pelajar sekolah malah wanita berkerjaya

“Sebelum ini, saya pernah dikenali sebagai orang yang bertanggungjawab untuk membawa kempen pertanian bandar dan telah berjaya mendapat sambutan ramai serta jadi ikutan.

“Jadi kali ini, kita mahu menggorak langkah untuk memperluaskan kepada bidang jahitan pula.”katanya.

Beliau berkata ketika hadir ke program “Sentuhan Jejari Emas” DUN Rhu Rendang di Dewan Sekolah Rendah Islam Darul Quran (SriDQ) di Kampung Rhu Muda. semalam.

Sumber: teganukita.net