Kerajaan Aktifkan Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan - Tuan Ibrahim

Posted on Wednesday, March 11, 2020 | 3/11/2020


Tuan Ibrahim.
PUTRAJAYA, 11 Mac – Kementerian Alam Sekitar telah mengaktifkan Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan dalam mendepani cuaca kering yang dijangka berakhir pertengahan April depan.

Menteri Alam Sekitar, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ia sebagai langkah pencegahan, pemantauan, pemadaman dan penguatkuasaan oleh agensi-agensi berkaitan dalam menangani pembakaran terbuka.

"Kementerian juga mengaktifkan Pelan Tindakan Pencegahan Kebakaran Terbuka dan Prosedur Standard Operasi (SOP) Pencegahan Kebakaran Tanah Gambut.

"Walaupun keadaan cuaca dijangka hanya berakhir pada minggu kedua atau pertengahan April 2020, usaha ini tetap kita teruskan," katanya

Beliau berkata demikian pada sidang media di pejabatnya di Kompleks Kerajaan Parcel F11, di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalannya, Datuk Dr Ahmad Masrizal Muhammad

Terdahulu, beliau yang juga Timbalan Presiden PAS turut memaklumkan, kewujudan Kementerian itu menjadi bukti komitmen kerajaan dalam mengarusperdanakan pengurusan alam sekitar dan perubahan iklim dalam memacu pembangunan negara.

Katanya, Dasar Alam Sekitar Negara (DASN) telah diwujudkan pada 2 Oktober 2002 dengan objektif memastikan alam sekitar yang bersih, selamat, sihat dan produktif.

"Memandangkan terdapat perkembangan baharu dalam isu berkaitan, saya telah mengarahkan Kementerian untuk menyemak semula DASN 2002 bagi melengkapi dimensi alam sekitar dan perjanjian antarabangsa.

"Kita juga akan menyemak Dasar Perubahan Iklim, bagi mencadangkan strategi dan pelan tindakan dalam melaksanakan tindakan mitigasi dan adaptasi perubahan iklim di peringkat kebangsaan," tambah beliau.




Sumber: teganukita.net
Blog, Updated at: 3/11/2020

0 comments:

Loading...