KJ Sedih Tak Dapat Peluk, Cium Anaknya. Hanya Melihat Dari Tingkap

Posted on Monday, March 23, 2020 | 3/23/2020



Khairy Jamaluddin KJ atau selalu dipanggil Tall, Dark, Handsome atau Abah sebelum ini ada menaikkan satu video di Facebook rasminya untuk mengingatkan orang ramai untuk sentiasa menjaga diri dan mengikut arahan yang ditetapkan kerajaan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini.

Dalam video itu, KJ turut sempat berkongsi keadaan dirinya yang juga terpaksa menjarakkan diri dengan keluarga dan anak-anak kerana takut membawa virus yang mungkin ada pada dirinya semasa bekerja dan keluar bermesyuarat.



A post shared by Khairy Jamaluddin (@khairykj) on

Bagaimanapun, sebentar tadi KJ sekali lagi berkongsi gambar di Instagramnya yang menunjukkan di terpaksa mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada anaknya hanya melalui tingkap dan tidak dapat memeluknya.

Selamat ulang tahun ke-5 anak lelakiku. Kerana Papa perlu keluar untuk bekerja, jadi Papa putuskan untuk asingkan diri bila pulang ke rumah. Ini bagi memastikan kamu dan semua orang selamat (terutamanya nenek!). Papa sedih sebab tak dapat peluk dan cium kamu hari ini dan kita hanya boleh melihat satu sama lain melalui tingkap. Bila kamu dah besar, Papa akan ceritakan mengenai bagaimana semua orang di dunia ini telah memainkan peranan mereka untuk membantu di antara satu sama lain. Sayang kamu, Raif. - Tulis KJ.


+ Baca respon pembaca yang tersentuh dengan perkongsian KJ di Facebook Oh! Media.


Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 3/23/2020

0 comments:

Loading...